Thursday, March 1, 2018

Kursus Inokulasi dan Pengolahan Teras.


Semalam saya berdiskusi dengan tuan Saifuddin. Kami kerap bertemu dan berbincang berkenaan strategi - strategi bagi syarikat Agarwood Biotech Expert Resources Sdn Bhd (ABER) sebagai pengeluar inokulum IGB.

Antara yang dibincangkan adalah betapa perlunya saya mengemaskini blog kesayangan saya ini. Blog yang telah membawa saya ke serata pelusuk negeri di Semenanjung Malaysia.

Pulau Pinang, kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan kelantan. Semuanya untuk kerja menyuntik pokok gaharu menggunakan inokulum IGB

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
Insya Allah jumaat ini tuan Saifuddin dan saya akan ke Debak, Sarawak. Kami akan berkongsi pengalaman gaharu bersama peserta kursus Inokulasi dan Pengolahan Teras di Debak, Sarawak pada 03.03.18 dan pada 17.03.18 pula kursus akan diadakan di keningau, Sabah.

Pada 01.04.18 pula, kursus tersebut akan diadakan di Kampung Tedong, Lanchang, Pahang. Iaitu kursus yang ke 10 yang adakan oleh ABER.

Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut.

Semoga ada manfaatnya.

Monday, March 27, 2017

Teknik Injek Ayer Mata

Agak lama saya tidak mengemaskini Laman Blog ini. Laman blog yang telah membawa saya ke merata dunia bagi berkongsi cerita gaharu. Laman blog ini jugalah yang membuatkan saya semakin sibuk. Kerja inokulasi, seminar, kursus pertemuan demi pertemuan dengan pengusaha gaharu dari kalangan pengusaha kecil hinggalah  ke pengusaha besar yang menanam puluhan ribu pokok karas. Dari kalangan ahli akademik di universiti hinggalah ke VVIP yang berminat untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi pengalaman. 

Apabila bercerita mengenai pokok karas yang ditanam. Samada ditanam secara kecil-kecilan atau yang ditanam secara ladang, INOKULUM dan TEKNIK INJEK sangat penting bagi merealisasikan apa yang diangankan semasa bermulanya langkah menanam anak pokok gaharu bertahun yang lepas.

Teknik injek yang telah dibuat sebelum ini menggunakan saiz lubang 16mm dan diinjek sehingga ke empulur pokok karas bahkan ada yang terlajak sehingga melepasi 2/3 dari diameter pokok karas. 

Teknik injek ini sangat bagus untuk menghasilkan gaharu sehingga ke ranting dan naik sehingga 35 kaki tinggi dengan hanya menginjek pada paras 7 kaki dari tanah sahaja. Sungguhpun begitu, jumlah inokulum yang digunakan adalah sangat banyak dan gaharu yang terhasil berbentuk kepingan. Membawa makna gaharu yang terhasil lebih ringan kerana berbentuk kepingan. Ditambah dengan risiko air yang masuk ke dalam batang pokok yang boleh menyebabkan empulurnya mereput  dan  akhirnya akan menipiskan teras gaharu. 

Setelah beberapa tahun saya melihat dan memerhatikan kesan penggunaan inokulum yang banyak lalu membawa kos injek yang kurang efektif. Ia iaitu kos inokulum yang banyak berbanding dengan hasil teras yang diperolehi

Setelah cubaan demi cubaan yang memakan masa dan wang yang bukan sedikit akhirnya saya mula menemui teknik injek  yang dapat menghasilkan teras gaharu yang sangat digemari oleh pasaran Timur tengah khasnya.

Teknik injek itu saya namakan TEKNIK INJEK AYER MATA.

Insya Allah saya tunjukkan caranya di sini.



Friday, January 31, 2014

Teknik Suntikan Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech


Ketatkan hose join seperti gambar di bawah. 



Masukkan Inokulan Gaharu Biotech.





Kemaskan dengan tali. Pastikan Botol tersebut ditebuk lubang supaya udara dapat masuk. Botol yang tidak dilubang akan menyebabkan Inokulan Gaharu Biotech tidak dapat diserap sepenuhnya.



Insya Allah Inokulan Gaharu Biotech akan habis diserap keesokan harinya. Mudah mudahan berhasil. 



Wednesday, January 29, 2014

Teknik Suntikan Menggunakan Inokulan Gaharu Biotech

Saya menerima beberapa panggilan dari penggiat gaharu bertanyakan bagaimanakah cara yang tepat bagi membuat suntikan menggunakan Inokulan Gaharu Biotech. Saya katakan Insya Allah saya usahakan untuk memuat naik gambar teknik inokulasi tersebut supaya dapat di manfaatkan bersama. 

Tebuk pokok menggunakan mata bor bersaiz 16mm. Agak menyerong seperti di dalam gambar di bawah. Bertujuan supaya memudahkan pengaliran Inokulan Gaharu Biotech disalurkan ke dalam pokok gaharu juga memudahkan botol digantung dan paipnya tidak kemek. Paip yang kemek akan menyebabkan berlaku ketirisan dan Inokulan Gaharu Biotech akan menitis keluar.





Pastikan lubang yang digerudi bersih dari sebarang lebihan kayu atau habuk kayu kerana ianya akan menyebabkan Inokulan Gaharu Biotech tidak dapat diserap sepenuhnya kerana tersumbat. Perkara ini adalah sangat penting bagi mengelakkan kegagalan serapan Inokulan Gaharu Biotech. 



Bersambung..... Insya Allah.